Tuesday, May 19, 2015

Peraturan Cermin Gelap JPJ - Apa Cerita?

Tahun lepas Ketua Pengarah JPJ ada buat pengumuman pasal peraturan baru untuk cermin gelap kereta. Dalam peraturan baru tu ada bagitau bahawa:
Bermula pada 1 Mei 2015, peratusan cahaya yang dibenarkan masuk bagi cermin hadapan adalah tidak kurang 70%, cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan adalah tidak kurang 50% dan cermin penumpang belakang dan cermin belakang tidak kurang 30%
Sekarang ni 20 Mei 2015, dah lebih 20 hari daripada tarikh yang dimaklumkan pihak JPJ. Tapi waktu aku semak dalam laman web JPJ sendiri, mereka masih belum kemaskini peraturan tersebut dan masih memaparkan peraturan pemasangan cermin hitam yang lama.



Aku baru saja selesai tukar cermin hitam kereta mengikut spesifikasi yang 'DILULUSKAN' pihak JPJ, tapi hati masih curiga sebab peraturan baru itu belum diwartakan dalam laman web JPJ sendiri. Serius la aku masih risau kalau kena saman. Kalau kena saman:






















Harap-harap dalam sebulan dua ini pihak JPJ boleh update laman web diorang tu ye.

Peace.
Share: