Thursday, June 18, 2015

Buat Loteng Dalam Bilik

Semenjak dapat masuk rumah yang baru ni, banyak juga ubahsuai yang kami sudah buat. Terutamanya pada bahagian dalaman rumah dan sedikit di bahagian pagar belakang. Ubahsuai pun kami buat secara berperingkat-peringkat sebab ia memerlukan kos. Ada duit baru kami buat ubahsuai.

Walaupun dah setahun kami dapat kunci rumah, tapi sayangnya kami masih belum dapat duduk di situ sepenuhnya. Maka, kerja ubahsuai oleh kontraktor lebih senang di buat sebab ia tak akan ganggu urusan kami sekeluarga. 

Ubahsuai yang terbaru adalah tambahan loteng dalam bilik tidur. Bilik tidur sebelum ubahsuai agak kosong sebab kedudukan siling yang sangat tinggi sehinggakan kipas siling adalah tidak sesuai digunakan. Kena guna kipas dinding.



Baru pasang rangka loteng


Kerja-kerja kimpalan tangga besi 

Lantai dan tangga loteng siap di pasang


Kerja kimpalan pasang pagar loteng


Loteng separuh bilik siap dan lantai telah dicat


Loteng atas kena pasang kipas lain sebab kipas dinding tak sampai atas
Tujuan loteng ni pada asalnya adalah sebagai ruang tambahan untuk simpan barang-barang yang berlebihan dalam rumah. Tapi aku cadang nak letak almari simpanan baju yang aku beli kat LAZADA haritu dan juga simpan majalah-majalah yang bertimbun-timbun. 

Sebab itu aku tambah loteng dalam 2 bilik. Satu bilik aku buat loteng separuh bilik sahaja macam gambar kat atas tu. Lagi satu bilik aku buat loteng penuh, boleh jadi bilik extra untuk sesiapa yang datang bertandang especially saudara-mara jauh.


Bilik yang kedua tambah loteng penuh


Tangga besi naik ke loteng
Mujur isteri ada kawan-kawan yang suaminya boleh buat kerja-kerja ubahsuai rumah ni. Bolehlah kami bawa berbincang dan akhirnya dapatlah terlaksanalah juga impian nak buat loteng dalam 2 bilik tidur rumah kami.

Kalau berkenan, boleh lawat pages beliau di Facebook iaitu INDAHNYA TERATAKKU. Dalam pages tu pun ada diletakkan gambar-gambar loteng kami ini. 
Share: