Friday, September 25, 2015

Ninja 250SL

Dulu aku pernah cerita pasal nak beli motor superbike.



Pada 24 Julai 2014 aku dah post dalam entri berkenaan niat hati nak beli Kawasaki Z250SL ni, dan lepas setahun iaitu pada 24 Julai 2015 aku berjaya memiliki sebuah Kawaski Ninja 250SL. Walaupun tak sama model, tapi aku suka dengan model Ninja 250SL ini berbanding Z250Sl. Tarikh aku keluarkan motor dari kedai ni memang genap setahun (tepat-tepat 365 hari). Tak caya? cuba tengok tarikh aku post entri kat bawah.

Dengan ini secara automatik, ninja ini akan jadi kenderaan rasmi aku pergi kerja menggantikan kereta wira 1.3 yang berwarna coklat itu. Faktor utama aku memilih motor sebagai gantian adalah kerana kesesakan jalanraya yang sangat menyakitkan hati terutamanya bagi pengguna kereta. Sesiapa yang guna Tol Sungai Rasah dari Shah Alam ke Klang mesti dah arif pasal jem teruk setiap pagi dan petang. Pengguna motor sahaja yang akan tersenyum lebar menonton situasi mereka.

Sekarang aku pun dah boleh senyum macam mereka.
Share: