Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan dari Aku

Ini merupakan post pertama untuk tahun 2016 ni. Dah masuk bulan Jun barulah tergerak hati nak update blog ni. Bulan Ramadhan pun dah masuk hari yang ke-3, rasa macam baru aje sambut Raya Aidilfitri tahun lepas. Tapi tak kisahlah sebabnya bulan puasa ni banyak aktiviti aku dihentikan sementara contohnya aktiviti jogging petang-petang kat Tasik Shah Alam Seksyen 7, ataupun aktiviti minum petang hari-hari kat kedai mamak dan juga aktiviti vaping ikut suka.


Bagus sebenarnya bulan puasa ni kalau betul-betul difikirkan. Banyak peluang yang boleh di ambil kalau tahu caranya. Contohnya, peluang nak berdiet semakin tinggi sebab tak dapat makan siang hari, dapat jimat duit dari beli sarapan pagi, lunch, minum petang dan yang paling ketara adalah peluang nak berenti merokok. Nak berenti merokok ni susah, aku tahu sebab aku berjaya berhenti merokok tahun lepas. Cerita pasal berhenti merokok ni aku kena story kat post lain sebab nanti panjang sangat.


Sekarang ni pulak kerja-kerja kat ofis ni bertimbun-timbun sejak Hospital Shah Alam mula beroperasi akhir tahun lepas. Kami merupakan antara staf terawal di Hospital Shah Alam dan bulan puasa tahun lepas adalah hari-hari paling awal kami memulakan tugas di hospital ni. Maknanya ini Ramadhan kedua aku bertugas di sini.

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak 1437. Jangan lupa bayar zakat fitrah.
Share: